KAUNTER KEHADIRAN TETAMU

Salam Kawan...

Sila ke Galeri Foto

 

dan Laman Pautan

 

serta sila beri komen

dalam ruangan

Ulasan Tetamu

 

TERKINI***

 SEMAK JUMLAH PENGUNDIAN 

(Sila Klik Dibawah)

Calon Calon Yang Bertanding 

 

PEGAWAI PEGAWAI DI PERINGKAT PUSAT

 

+=+=+=+=+=+=+=+=+=  

 

 

Kepada Ahli Ahli KPPKKSM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN sila ke ruangan

Maklumat email Ahli Sgor & W/P Sahaja ( Sila Klik Sini )

Kepada Ahli Ahli KPPKKSM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN sila ke ruangan

Maklumat email Ahli Sgor & W/P Sahaja ( Sila Klik Sini )

+=+=+=+=+=+=+=+=+=

Iklan Sekejap

INGIN SESUATU YANG BARU SAMBIL BUAT INCOME:

 

KLIK KAT SINI:

http://www.onesalamfone.com/?id=myaddin

+=+=+=+=+=+=+=+=+=

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan
adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak Portal kppkksm tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau
yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum
Segala hasil adalah Hak milik KPPKKSM Selangor Dan Wilayah Persekutuan

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME

=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

Ulasan Tetamu

KEPADA SEMUA AHLI AHLI DAN BUKAN AHLI SILA BERI KOMEN YANG MEMBINA ….

SAYA MEMOHON JANGAN JADIKAN RUANGAN INI UNTUK MENGGURISKAN HATI MANA PIHAK….

TUJUAN RUANGAN INI DIUJUDKAN ADALAH BAGI MEMUDAHKAN PIHAK SAYA MENDAPAT MAKLUMAT BERKAITAN PERMASALAHAN YANG BERLAKU DALAM KESATUAN YANG TAK DAPAT DILUAHKAN OLEH TUAN TUAN SAMA ADA BERKAITAN KESATUAN ATAU KERJAYA..

OLEH ITU SAYA MEMOHON AGAR DIGUNAKAN RUANGAN INI SEBAIK YANG MUNGKIN KERANA RUANGAN INI BUKAN SAHAJA DILAYARI OLEH PEMANDU PEMANDU KESIHATAN MALAH ADA DARI PELBAGAI PERINGKAT TERMASUKLAH KETUA KETUA JABATAN TUAN TUAN  DAN ORANG ORANG KEBANYAKAN……

 

SEKIRANYA ADA KENYATAAN YANG BOLEH MENIMBULKAN KEKELIRUAN ATAU MENYENTUH SENSIVITI PIHAK LAIN MODERATOR AKAN MEMBATALKAN KENYATAAN TERSEBUT TANPA DIMAKLUMKAN DEMI KEBAIKAN PELBAGAI PIHAK. TERIMA KASIH

 

“ PERMUDAHKAN DAN JANGAN KAMU MENYUSAHKAN “

“DEMI MASA

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN

KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH 

YANG BERPESAN PESAN DENGAN  PERKARA KEBENARAN

DAN YANG BERPESAN PESAN DENGAN KESABARAN”

( Surah Al Asr)

 

Moderator

 

Atas sebab yang tak dapat dielakkan saya terpaksa menggunakan keselamatan bagi mengawal ulasan ulasan yang tidak mengikut etika penggunaan laman ini...

 

Moderator

 

BERKUAT KUASA SERTA MERTA MOHON PELAYAR DAPAT MEMPERKENALKAN DIRI ( NAMA RINGKAS ) DAN TEMPAT BERTUGAS

UNTUK DIPAMERKAN ULASAN ANDA..

 

TQ.

 

Moderator

 

Comments: 568

  • loading
  • #568

    SU SLWP (Friday, 15 August 2014 04:06)

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    Untuk makluman pd pemandu yg masih belum lg dan ingin mendaftarkan nama dlm kesatuan KPPKKSM boleh la terus memghubungi saya di talian 0123418531 @ 0193006255 untuk mendapatkan borang keahlian.
    Buat makluman utk warga selangor dan wilayah Persekutuan pada setiap kemasukan ahli baru TIDAK dikenakan sebarang wang pendaftaran dan hanya potongan sbnyk RM 5 pd setiap bulan sahaja setelah sah mjdi keahlian.Harap Maklum

  • #567

    zainuddin (Monday, 16 June 2014 04:33)

    Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia pengerusi kalau ada apa2 maklumat Mesyuarat tentang persatauan sila email ke laman wed diatas kami pemandu kolej sg buloh. macam mana nak dapat borang persatuan untuk pemandu baru jadi Ahli

  • #566

    zainol ajk 4 (Friday, 13 June 2014 08:24)

    Terima kasih pada setiausaha pada penambahbaikan website kesatuan kita.

  • #565

    Gogna (Wednesday, 07 May 2014 23:58)

    Hari yang baik anda semua saya Puan Dora, yang sah bereputasi & syarikat bertauliah
     pinjaman Lender . Kami pinjaman wang kepada individu pada kadar 3%, yang memerlukan bantuan kewangan. Adakah anda mempunyai kredit yang tidak baik atau anda memerlukan wang untuk membayar bil? Kami mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa saya memberikan bantuan penerima Dipercayai sebagai
     kami akan senang untuk menawarkan pinjaman. Tiada pemeriksaan kredit , 100% Jaminan. Mel Syarikat kami
     adalah smithjamesdsolution@gmail.com pemohon willstart pembayaran balik pinjaman masa mana-mana syarikat dan dia / dia bersetuju , selepas pinjaman telah dipindahkan kepada dia / dia . Kegagalan untuk membayar balik pinjaman pada ini tarikh / tempoh yang dijangkakan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemohon itu melalui peguam kami dengan segera. Pemohon yang tidak dapat bertemu dengan
    bayaran balik yang akan diberikan 1 tahun lebih sebagai tempoh sebelum tindakan undang-undang akan diambil.
    Butir-butir : Peminjam perlu menyediakan salah satu daripada yang berikut: -A Lesen Pemandu , Satu pasport Antarabangsa , Atau Kad Pengenalan yang sah yang mempunyai nama / beliau . Anda dikehendaki untuk mengisi borang di bawah sebelum kita boleh meneruskan pinjaman anda.

     BORANG PERMOHONAN PINJAMAN :

    Nama Pemohon : ...............
    Alamat: ................
    Bandar: .......................
    Negeri : ........................
    Negara: ....................
    Jantina : ......................
    Status Perkahwinan: ................
    Umur: ..........................
    Pekerjaan: ...................
    Kadar pendapatan: ...................
    Beritahu : ...........................
    Nombor Pejabat: ................
    Bimbit: .......................
    Jumlah Diminta : ...............
    Pinjaman Duration: ..................
    Pinjaman Tujuan .....................


    selepas
     mengemukakan Borang Permohonan Pinjaman, anda boleh mengharapkan
     jawapan awal kurang daripada 24 jam dan pembiayaan
     dalam 42-84 jam selepas menerima maklumat yang kita
     perlukan dari anda menghubungi email syarikat kami di westccostloan01@gmail.com


    Salam
    Dr smith

  • #564

    zainol ajk sel dan wilayah (Sunday, 05 January 2014 21:41)

    terima kasih en ghazali kerana masih berhubung dengan kami..lain kali kita boleh jumpa

  • #563

    ghazali (Tuesday, 24 December 2013 09:56)

    Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia apo khabar pengerusi dan s/u selangar macam mana Website selangor ada masaalah ke?

  • #562

    Ghazali Kelantan (Thursday, 12 December 2013 06:25)

    Assalamualaikum'Salam 1 Malaysia' Salam persahabatan terlebih dahulu Saya mengucap kan kepada Cawangan Selangor dan Wilayah kerana dapat mengadakan Website yang banyak memberi kebaikan datipada keburukan selain memberi pengetahuan kepada rakan - rakan yang dalam kesatuan kalu bolihcawangan kelantan ingin mempelajari macammana untuk membuat Website untuk kelantan untuk pengetahuan umum Saya berasa dukacita juga dengan pemandu- pemandu di KKM yang belum menjadi Ahli Kesatuan bolih dikatakan 80% tidak menjadi Ahli Kesatuan saya mencadang kan pengerusi Selangor/ Wilayah agar mendekati pemandu- pemandu KKM Kenapa mereka itu kurang berminat untuk menjadi Ahli Kesatuan . Kalau mereka- mereka di KKM menjadi Ahli Kesatuan Saya rasa segala tuntutan mudah diterima di petingkat KKM.itu saja cadangan Saya, Saya mohom kemaafan andai kata kata-Kata Saya menyingung mana - mana pihak.

  • #561

    mohd azri Bendahari Caw Sel/Wel (Wednesday, 13 November 2013 08:47)

    Sy setuju apa yg anda maksudkan, tp adakah pemandu KKM semua menyokong perjuangan Wakil kesatuan? Tanpa kami yg mewakili kesatuan dan memperjuankan pemandu adakah pemandu KKM hargai....anda harus ingat tanpa kami apa yg anda inginkan belum tentu semua akan rasa sempurna. Kami di dalam kesatuan akan menjaga hal ehwal ahli pemandu sahaja yg berdaftar.Sekiranya anda ahli kesatuan berdaftan mungkin anda akan kami bantu bila ada permasalahan yg timbul pada masa akan datang.Tetapi sekiranya anda hanya pemandu di bawah KKM yg tidak berdaftar dengan kesatuan,kami di pihak kesatuan tidak akan membawa perkara yg berbangkit kepada peringkat tertinggi di JKN Negeri mahupun pada KSU KKM. harap maklum pada semua Pemandu-pemandu di bawah Kementerian Kesihatan. Sekian untuk semua Pemandu

  • #560

    wong jovo johor (Wednesday, 13 November 2013 02:49)

    Kalau nak harapkan uniform baru semata2 tak ada maknanya. Yang penting kualiti perkhidmatan ditingkatkan sebab gred baru Pemandu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Oleh itu wajarlah semua warga pemandu KKM buka minda agar lebih berdaya maju dan kreatif dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.BRAVO......

  • #559

    mohd azri Bendahari Caw Sel/Wel (Saturday, 09 November 2013 23:40)

    Salam untuk semua ahli caw Sel/Wel.Rakan Ahli kita dari PKD Kuala Langat En Musnen Bin Dukeeran (no ahli SLR/W.P 0069) telah meniggal dunia pada 10.11.2013 di P.Pinang dan akan di kebumikan di Teluk Panglima Garang Banting Sel.Kita sama-sama doakan kesejahteraan beliau di alam sana bersama-sama orng2 yg beriman Aminnnn.....

  • #558

    mohd azri Bendahari Caw Sel/Wel (Friday, 08 November 2013 10:03)

    Taniah pd pegawai Ibupejabat kerana permohonan pertukaran Clour Unifom diluluskan oleh KSU KKM.Kemungkinan Clour Unifom akan bertukar pada Clour Biru untuk Baju & Clour Hitam untuk seluar. Clour unifom terlah diputuskan pd mesyuarat EXCO 26/10/2013 di Hosp.Sg Petani.Cadangan caw sel/wel yg berjaya dlm penentuan clour unifom. Harap pada semua pemandu di bawah KKM ikut peraturan unifom yg terlah diluluskan & menjaga nama baik pemandu dr segi tingkahlaku sekian makluman yg dapat sy berikan pada semua pemandu sekian

  • #557

    mohd azri pkd s/bernam (Friday, 08 November 2013 09:53)

    maaf En Zainol,bukan tidak ada sapa2 yg nak mengelola laman WEBSITE cawanagan Sel/Wel ini.cuma sy tidak diajar cara pengelolaan saja.klu ada yg ajar pd sy mungkin sy akan lakukan yg terbaik

  • #556

    shaharuddin (Wednesday, 06 November 2013 02:11)

    En Zainol
    Seluruh Pentadbiran web ini telah diserahkan pada pentadbiran baru
    sila rujuk kepada pentadbiran baru
    tq

  • #555

    zainol (Tuesday, 05 November 2013 17:32)

    sedih apabila tiada siapa peduli tentang penggunaan website ini lagi...nampaknya terpaksa ditutup aje ruangan komen ini kerana sudah tiada faedah lagi diharap en shaharudin faham maksud saya ini..

  • #554

    wong jovo johor (Sunday, 22 September 2013 05:53)

    Kepada semua warga KPPKKSM marilah kita berkempen untuk tambah ahli baru agar KPPKKSM lebih kuat demi memajukan lagi KPPKKSM.Jangan nak cari salah je,sama2 kita fikirkan cara nak selesaikan masalah.Andai tak mampu nak buat baik,jangan buat yang tidak baik.Belajar cara nak hormati orang lain,usah pertikai apa orang lain buat andai kita memang tak sebijak mereka,kan...!

  • #553

    zainol kamaruzaman k.k taman ehsan kepong (Wednesday, 18 September 2013 20:26)

    Tahniah pada Kesatuan Pemandu Negeri Johor kerana Website Kesatuan baik sekali dibandingkan dari kami....saya harap kita semua buat yang terbaik demi menaikkan emej Kesatuan masing masing terutama Exco dari negeri yang tak website...

  • #552

    wong jovo johor (Friday, 13 September 2013 03:44)

    Setuju dgn pandangan Zainol ajk Sel/WP,kita kena berubah demi meningkatkan kualiti imej dan kerjaya pemandu,agar dipandang dan dihormati oleh organisasi lain.Jangan ambil remeh atas segala daya usaha yang dilakukan oleh pegawai KPPKKSM. Cari idea baru agar dapat sama2 memberi sumbangan dalam memajukan KPPKKSM.

  • #551

    Zainol ajk SEL/WP (Tuesday, 10 September 2013 19:26)

    Saya mengucapkan tahniah pada Negeri Johor kerana Website begitu up to date dan saya tertarik dengan aktiviti Kesatuan anda oleh itu Kesatuan Negeri lain ikutlah contoh Negeri Johor bukannya hanya pandai komplen aje tapi Kesatuan sendiri masih di takuh lama...berubahlah semua ahli ahli kepada yang lebih baik. Sekian Terima Kasih.

  • #550

    Zainol Kamaruzaman ajk Sel/WP (Tuesday, 10 September 2013 19:06)

    Sejarah Kesatuan kita dihadiri oleh 4 orang Datuk sebelum ini nak dapat seorang pun tak dapat... tahniah pada Pak Din dan Roestam walau pun disabotaj oleh pihak tertentu tapi masih boleh menjalankan tugas dan bagi saya amat memalukan kerana perwakilan dari Serawak melihat masih ada perwakilan yang mengbangkitkan perkara remeh temeh sedangkan agenda perjuangan kita adalah untuk menaikkan Gred pemandu yang selama ini tidak pernah diperjuangankan dengan betul hanya setakat mulut sahaja sedangkan pimpinan sekarang melalui kertas kerja yang berkualiti yang boleh dibawa keatas,sedihnya perwakilan dari Melaka dan Negeri Sembilan masih ditakuk lama ..diharap exco mereka ni nasihatkan perwakilan mereka jangan pula disuruh membangkitkan soalan bodoh yang menlambatkan urusan mesyuarat agung..bagi perwakilan Selangor dan Wilayah tetap menyokong penuh atas pimpinan sekarang dan tidak pula berpindah tempat tinggak seperti Negeri lain dan kami pula masih patuh pada Pengerusi kami walau pun tinggal tinggal dan makanan yang disediakan kurang memuaskan.Kami ahli ahli Selangor dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur ) tetap setia pada pimpinan Presiden dan SetiaAgung diharap dilain kali perwakilan tidak membangkitkan soalan bodoh dan remeh temeh carilah jalan membantu bagi mengukuhkan Kesatuan kita semua. Sekian Terima Kasih.

  • #549

    wong jovo johor (Sunday, 08 September 2013 22:09)

    Tahniah dan syabas buat perwakilan Selangor yang telah memberi sokongan dalam menjayakan persidangan di Rantau Agro Park.Beri peluang kepada Pak Din and the gang untuk memaju dan memantapkan KPPKKSM.Sokong ek...

  • #548

    zainol kamaruzaman kk taman ehsan (Monday, 05 August 2013 18:59)

    Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua pemandu yang mengenali saya dan minta ampun dan maaf sekiranya ada yang menyiggung perasaan anda semasa saya menjadi bendahari dahulu...sama sama kita majukan kesatuan untuk pemandu pemandu juga.

  • #547

    zainol bun kamaruzaman ajk 4 (Sunday, 23 June 2013 18:43)

    saya ucapkan tahniah diatas kejayaan kesatuan kita menjayakan malam mesra terutama saudara fairuz yang menjadi setiausaha kerana beliaulah bertungkus lumus dan berkerja keras menjayakan malam mesra tersebut..tahniah pada wak man yang banyak menyumbang pada malam mesra tersebut..tahniah.

  • #546

    SU Agung (Friday, 14 June 2013 00:04)

    Utk ahli2 yg berdaftar khususnya di Selangor hadirlah dlm. Mesyuarat Agung ini, kami pegawai2 ibupejabat juga akan hadir sama . Saya mengharapkan mendpt sokongan padu dpd anda semua bg sama2 mamacu kesatuan ini ke arah kejayaan dan kecemerlangan demi menjaga imej dan kebajikan ahli2. Sekian,terima kasih.

  • #545

    zainol bin kamaruzaman kk taman ehsan gombak (Wednesday, 12 June 2013)

    jangan lupa datang kemesyuarat agung kesatuan pemandu jita pada 16.06.2013 ni kat hotel pulak tu ...dalam sejarah tak pernah mesyuarat kat hotel..datanglah semua untuk memberi pandangan dan idea yang dapat memajukan kesatuan kita.Sekian Terima Kasih.

  • #544

    zainol bin kamaruzaman kk taman ehsan (Thursday, 30 May 2013 20:32)

    Terima kepada en fairuz iaitu setiausaha kita yang baru dan en azri sebagai bendahari baru yang begitu komited terhadap tugas mereka walau pun banyak menghadapi rintangan tapi dapat mengatasinya oleh itu marilah bersama sama memberi kerjasama pada beliau untuk perjalanan Kesatuan kita..Sekian Terima Kasih.

  • #543

    mohd azri PKD S/Bernam (Thursday, 30 May 2013 02:28)

    Salam pada Ahli Cawangan semua.Sy selaku Bendahari Cawangan Sel/Wel berharap pada ahli2 yg pernah berdaftar dengan kesatuan dan memiliki Kad Keahlian sila tampil berjumpa dengan pihak kesatuan,kerana mereka yang memegang Kad keahlian masih lg belum tersenarai nama mereka didalam kesatuan.Mungkin ahli2 yang memiliki Kad keahlian terlah di tipu oleh kepimpinan yg dahulu dan sy berharaf dapatlah ahli2 yg berdaftar pada Tahun 2009-2011 sila berhubung dengan sy Bendahari mahupun S/U cawangan sel/wel.sy berharaf dapat kerja sama dari ahli2 semua.sekian maklumat yg sy dapat kesan untuk makluman semua

  • #542

    SU Selangor/W.Persekutuan (Monday, 27 May 2013 11:08)

    Salam Hormat buat semua ahli KPPKKSM Selangor/W.Persekutuan.
    Bagi program malam mesra anjuran KPPKKSM caw Selangor/W.Persekutuan borang2 PENYERTAAN telah diedarkan pada awal bulan april 2013 rujukan kami bil (4) dlm AGM/KPPKKSM/SLWP/SU/APRIL13 bagi kesemua Pejb Kesihatan,Pergigian,Hospital,Kolej Bersekutu,IMR,Ibupejabat KKM dan semua yg bernaung dibawah KPPKKSM Selangor/W.Persekutuan.Penyertaan dibuka pada semua ahli dgn bayaran RM 100 & bukan ahli RM 150 sekeluarga bagi mengikuti malam mesra pada 15/6/2013 dan mana ahli/bukan ahli yang tidak mahu turut serta didalam program malam mesra tersebut bolehlah hadirkan diri pada hari mesyuarat agong pada 16/6/2013 sahaja.Notis mesyuarat Agong yang baru2 ini diedarkan pada semua ahli adalah berdasarkan senarai nama yang ada didalam simpanan dan senarai pemotongan dari biro angkasa dan pada mana2 ahli yg tidak menerima notis mesyuarat boleh berbuat demikian dengan menyenaraikan nama,no K/P dan dimana tempat bertugas agar supaya pihak kami dapat menanganai permasalahan ini,kerjasama pada ahli2 yg mempunyai pernasalahan yg sama amat diharapkan dan segala kesulitan amat dikesali.
    Harap maklum

  • #541

    SU Agung (Monday, 27 May 2013 06:26)

    Assalamualaikum.....Salam Sejahtera...... Kpd semua ahli. Bermuafakatlah...... Tingkatkan Semangat Perpaduan Antara Kita Sesama Ahli. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH. Utk makluman, Melaka, N.Sembilan dan Johor telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung Dua Tahun Sekali apa yg dihrpkan jgnlah lpskan peluang yg ada dlm kita sama2 mengukuhkan kesatuan kita. Hala tuju kesatuan bergantung kpd kekuatan kita bersama. Klu asyik kita salah menyalahkan kita kelak yg rugi. Saya barisan Pegawai Ibupejabat akan sama2 hadir menjayakan mesyuarat agungyg negeri2 adakan bg memastikan segala permasalahan dpt diatasi sebaik mungkin kerana ahli-ahli lah menjadi aset yg amat penting dlm kesatuan. MOHON berilah sokongan kepada kami utk terus memacu kesatuan ini kearah kecemerlangan. Sekian, terima kasih.

  • #540

    Pemandu (Sunday, 26 May 2013 07:58)

    Salam Hormat...ingin bertanya MALAM MESRA SERTA MESYUARAT AGONG KALI KE-48 nih semua ahli² KPPKKSM caw Selangor & wilayah Persekutuan ke?kenapa ada yg tidak dapat surat jemputan?sya pun ahli juga...harap jemput semua ahli....

  • #539

    zainol bun kamaruzaman (Tuesday, 14 May 2013 22:51)

    saya harap ahli ahli datang pada hari mesyuarat dan beri pandangan yang membina untuk masa depan kesatuan kita.

  • #538

    SU KPPKKSM caw Selangor/W.Persekutuan (Thursday, 02 May 2013 07:53)

    Salam hormat pada semua ahli-ahli KPPKKSM caw Selangor & Wilayah Persekutuan.
    Dimaklumkan tarikh MALAM MESRA SERTA MESYUARAT AGONG KALI KE-48 yang sepatutnya diadakan pada 1 DAN 2 JUN 2013 telah ditunda ke tarikh 15 dan 16 JUNE 2013.
    Sehubungan dengan itu Notis mesyuarat Agong ke-48,berserta Borang pencalonan bagi penggal 2013-2015 dan Borang usul akan dihantar pada setiap ahli mulai pada 8hb Jun 2013.
    Pada ahli/bukan ahli yang berminat untuk sama menyertai Malam Mesra pada 15 JUN 2013,sila kembalikan borang penyertaan tersebut pada 10 MEI 2013 ke Alamat yang tertera diborang penyertaan tersebut.
    Marilah bersama beramai-ramai hadir bagi menyempurnakan tanggungjawab bagi kebaikan bersama.
    Harap Maklum

  • #537

    WONG IOVO JOHOR (Wednesday, 24 April 2013 20:56)

    Salam hormat dan selamat mengundi buat semua rakan2
    kppkksm.Gunakan langkah bijak dalam menentukan hala tuju demi membangunkan ummah.Jangan lupa apakah nawaitu kita.Semuga kita semua diberikan hidayah dan petunjuk dalam membuat pilihan yang betul.Fikir2kan.......amin.

  • #536

    zainol kk taman ehsan (Thursday, 18 April 2013 18:51)

    Jangan lupa semua ahli ahli pada 01 jun kita ada malam mesra kat hotel goldcourse kelang ada malam mesra dan pada 02jun ada mesyuarat agung ditempat yang sama....segala urusan tel wak man dan fairus dari hosp ampuan rahimah kelang. Sekian Terima kasih.

  • #535

    Zainol Bin Kamaruzaman (Monday, 08 April 2013 18:59)

    Terima kepada saudara Fairus yang sanggup bersusah payah untuk menghidupkan semula Kesatuan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, saya sangat berterima kasih diatas sumbangan saudara selama ini,bagi saya anda buat yang terbaik buat Kesatuan kita,saya akan memberi kerjasama kepada saudara apa apa masaalah yang dapat kita selesaikan bersama.Sekian Terima Kasih.

  • #534

    zainol kk taman ehsan gombak selangor (Wednesday, 03 April 2013 00:05)

    tahniah pada Kamarzaman terpilih sebagai Pengerusi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, saudara Fairus sebagai Setiausaha dan saudara Azri sebagai Bendahari.......inilah harapan Kesatuan pemandu akan datang cuma ajk 4 sahaja belum tahu. Sekian Terima Kasih.

  • #533

    Zainol Bin Kamaruzaman( Bendahari merangkap Pengerusi Selangor dan WIilayah Persekutuan (Tuesday, 02 April 2013 18:52)

    Assalammualaikum .....apa khabar ahli ahli Kesatuam semua,saya berharap sangat semua ahli ahli membuat kempen besar besaran tentang Kesatuan kita sekarang,beri penjelasan yang jelas tentang Kesatuan sekarang mudah mudahan ramai pemandu pemandu akan menjadi ahli yang dapat membantu mengukuhkan Kesatuan kita sekarang tanpa ahli ahli mana mungkin sekarang Kesatuan kita telah mula dipandang oleh pihak Cuepacs.....tahniah pada barisan pucuk pimpinan sekarang. Sekian Terima Kasih.

  • #532

    Abang Harun Perak (Monday, 01 April 2013 08:34)

    Assalammualaikum wh.wb. Tahniah kepada semua ahli kesatuan kerana pendaftaran kesatuan telah diluluskan. Kita perlu bergerak maju untuk meningkatkan kerjaya kita yang dah tertinggal dengan jawatan lain.Moga kita ada kekuatan untuk menaiktaraf skim supaya kita berada dilandasan yang betul.Pihak Cuepacs cuba membantu dengan caranya satelah kita memberi maklumat setiap masa. Barisan ibupejabat mempunyai keyakinan atas usaha kita . Semoga segala doa dan usaha dari ahli semua diberkati ALLAH.Terima kasih Zainol atas salam melalui En. Hussin yang berada di KSKB Sultan Azlan Shah Ulu Kinta.Negeri Selangor bertuah mempunyai En . Zainol yang berusaha keras untuk mengerakkan kesatuan negeri.

  • #531

    Zainol Bin Kamaruzaman (Wednesday, 27 March 2013 02:35)

    Jangan lupa Kesatuan kita ada mesyuarat ajk khas dari wakil ptj masing masing pada hari sabtu 30mac 2013 bertempat dewan ilmiah Hosp Ampuan Rahimah Kelang pukul 10 pagi....jangan lepaskan peluang ini. Sekian Terima Kasih.

  • #530

    Mohd Azri PKD Sabak bernam (Tuesday, 05 March 2013 22:57)

    kepada En Fairuz HTAR Klang Ini Maklumat Diri Saya Ahli Cawangan Sel/Wel (MOHD AZRI BIN ABD KADIR JELANI)(I/C: 811105-10-5781) (No:Fax:03-32138414) Sebarang masalah sila hubungi saya sekian

  • #529

    Zainol Bin Kamaruzaman( Bendahari merangkap Pengerusi Selangor dan WIilayah Persekutuan (Tuesday, 26 February 2013 17:56)

    Terima kasih bagi info.........anda harapan kami.

  • #528

    SU Agung KPPKKSM (Monday, 25 February 2013 22:05)

    Assalamualaikum....dan salam sejahtera semua,

    En Mohd Azri PKD Sabak Bernam semua soalan yang diutarakan telah diambil tindakan oleh pihak Majlis Bersama Kebangsaan ( MBKSNT ) dan CUEPACS. Kita masih lagi menunggu pengumuman daripada PM berkenaan Transformasi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Malaysia ( TSSPA ) Harap bersabar............

    Untuk makluman semua ahli-ahli KPPKKSM pihak JHEKS Ibupejabat Putrajaya telah MELULUSKAN Borang L dan Borang U dan perlantikan Pegawai-Pegawai Ibupejabat Sesi 2011-2013.

    Disini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memperjuangkan kesatuan dan kebajikan ahli-ahli.

    Saya disini menegaskan, akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kepercayaan yang tuan-tuan berikan kepada kami barisan pegawai-pegawai ibupejabat menerusi mensyuarat agung perwakilan yang diadakan pada September 2012.

    Tumpuan sekarang adalah kearah transformasi untuk kita sama-sama menikmatinya bersama.

    Sekian, terima kasih.

  • #527

    Mohd Azri PKD Sabak bernam (Wednesday, 20 February 2013 00:04)

    Kepada S/U Agong kppkksm,mengenai elaun kola dan rumah penjawat awam yg di arahkan tinggal di rumah2 kerajaan atas arahan OnCall masih lagikah dipotong bayaran separuh bayaran.adakah pekeliling baru yg di cadangkan oleh Datuk Omar tempoh hari di seminar pemandu di Ulu Kintar Ipoh Perak telah diketengahkan oleh pihak CUEPACS ke pihak yang berwajib.Itu sahaja yang ingin saya bertanyakan.Sekiranya ada pernambahbaikan mengenai pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JPA harap dapatlah pihak kesatuan memberikan maklumat pada Cawangan2 Negeri agar dapat setiap ahli maklumat yang tepat.sekian salam dari saya Ahli Cawangan Sel/Wel KPPKKSM

  • #526

    SU Agung (Tuesday, 19 February 2013 21:14)

    Assalamualaikum....Semua Ahli dan Pemandu.

    Terima kasih diatas cadangan dan pendapat tuan-tuan.
    Sekarang ni kita tengah tggu pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan transformasi perkhidmatan awam termasuk kita juga pemandu kenderaan seluruh kementerian dan jabatan-jabatan. Segala usul dan cadangan kertas kerja telah dihantar dan kita sama-sama tggu pengumuman.

    Kepada En. Zul saya akan cuba lakukan seperti yang dicadangkan dan buat masa kini saya sedang buat penjenamaan semula untuk keahlian kita dan nombor baru ahli-ahli akan dimaklumkan kelak dan sekarang ni saya sedang fokuskan hala tuju kesatuan yang selama ini diabaikan dan kebajikan ahli-ahli.

    En Rosli cadangan anda dalam pertimbangan kerana kita sedang menunggu pengumuman kanaikan gred dan gaji baru untuk pemandu.

    Semua penambahbaikan ini telah diutarakan dan pihak CUEPACS dibawah kepimpinan Dato' Hj Omar memang ambil berat soal kepentingan dan kebajikan pemandu-pemandu.

    Apa yang penting disini, tumpukan pada tugas dan tanggungjawab kita. Saya percaya ketelusan kita akan memberi impak yang berguna yang akan memberi faedah kepada kita bersama.

    Tuan-tuan semua saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinngi-tinggi penghargaan diatas cadangan dan pendapat yang tuan-tuan berikan. Ini adalah salah satu perkembangan yang positif dimana saya dapat maklumbalas daripada tuan-tuan sehingga diperingkat akar umbi sama-sama kita berkerjasama bagi mengeratkan hubungan dan bukannya pertelingkahan dan saya percaya kita akan dapat memberi keputusan yang terbaik untuk kepentinagan kita bersama.

    Sekian, terima kasih.

    Ikhlas dpd. SU Agung KPPKKSM

  • #525

    zainol kk taman ehsan gombak selangor (Tuesday, 19 February 2013 18:05)

    Memang banyak perkara tentang pemandu yang sudah dibawa oleh Setiausaha Agung kita pada pihak KKM dan JPA...... mudah mudahan En Roestam kita membawa perubahan pada Kesatuan kita dan segala masaalah tentang urusan kenaikan gred pada En Roestam sahaja yang layak ditanya kerana hanya beliau sahaja yang boleh kedepan dan keatas tanpa beliau mungkin Kesatuan kita sekarang entah jadi apa ... terima kasih En Roestam...Sekian Terima Kasih.

  • #524

    zul (Tuesday, 19 February 2013 10:47)

    kepada SU Rostam wujud kan sistem kemaskini maklumat ahli terengganu melalui website ni...seperti selangor lakukan...tu..

  • #523

    rosli (Tuesday, 19 February 2013 10:26)

    nak tanya sikit...ni...kalau pemandu ada lesen kelas E,PSV tangga gaji pmandu tu akan bergajak ke tidak?
    kalau x ada..wujudkan elaun lesen E dan psv,Gdl

  • #522

    Zainol Bin Kamaruzaman( Bendahari merangkap Pengerusi Selangor dan WIilayah Persekutuan (Thursday, 14 February 2013 17:45)

    Terima kasih yang tidak terhingga pada saudara Roestam Dzahar sebagai SetiaAgung Kesatuan kita yang banyak berkorban masa dan wang ringgit demi kebaikan semua jawatan pemandu dan oleh itu kita sama sama memberi sokongan yang sepenuhnya kepada beliau untuk meneruskan perjuangan Kesatuan. Sekian Terima Kasih.

  • #521

    SU Agung KPPKKSM / MAPSU KKM (Thursday, 14 February 2013 08:10)

    Assalamualaikum...Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

    Untuk makluman semua ahli-ahli khususnya untuk pemandu-pemandu KKM dan amnya pemandu-pemandu kerajaan seluruh negara dan kepada semua yang melayari laman sesawang ini.

    Pertemuan Khas Majlis Presiden Dan Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan Malaysia ( MAPSU -KKM )/ Kepimpinan CUEPACS Yang Diketuai Presiden CUEPACS Y.Bhg Dato'Hj Omar bin Osman Bersama Ketua Setiausaha Negara Y. Bhg. Dato'Sri Ali Hamsa pada 13 Februari 2013 ( Rabu ) di Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Perdana Menteri telah memberi maklum balas yang positif terhadap isu-isu / masalah-masalah yang dibangkitkan. Antara masalah-masalah yang dibincangkan berkenaan elaun pakaian seragam / kasut dan kualiti kain yang dibekalkan. Masalah bayaran oleh pihak-pihak PTJ yang tidak seragam juga telah dibincangkan ini berikutan pelbagai masalah yang dihadapi yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak KKM sehinggakan pihak audit negara dan SPRM campur tangan dalam isu ini. Satu mensyuarat khas akan diadakan dan pihak KSN akan mencari kaedah yang terbaik menyelesaikan masalah ini. Dalam pertemuan khas tersebut Pemangku Ketua Pengarah JPA Datuk Faridah serta Pegawai Tertinggi JPA dan Perbendaharaan juga turut hadir dalam sama-sama membincangkan permasalahan tersebut. Dalam pada itu, saya bagi pihak pemandu-pemandu khasnya KKM dan amnya pemandu-pemandu kerajaan Malaysia memohon agar kerajaan mempertimbangkan kenderaan kerajaan disemua kementerian / jabatan termasuk kerajaan-kerajaan negeri dilindungi insurans. Tujuan insurans kenderaan ini adalah bagi mengelakan kenderaan kerajaan apabila berlakunya kemalangan pihak insurans yang akan membiayai segala kos kemalangan tersebut dan bukannya pemandu kenderaan itu sendiri. Apa yang kita lihat disini pemandu akan bertanggungjawab sepenuhnya dimana ada rakan kita yang telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja. Ada yang diminta membaiki kerosakan menggunakan duit sendiri dan ada yang pencen duit ganjaran pencen ditolak separuh daripada kos tuntutan yang dikenakan oleh pihak kerajaan.
    Pihak jabatan kebanyakannya lepas tangan dan meletakan sepenuhnya dibahu pemandu-pemandu sedangkan kita ini tidak didedahkan bagaimana atau apakah yang perlu kita lakukan kerana bidang membabitkan undang-undang bukannya bidang kita sebagai pemandu dan silap langkah mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada kita seperti rakan-rakan kita itu tadi. Dengan kos pembaikan yang tinggi dan jika ada perlindungan insurans pihak insurang akan bertanggungjawab sepenuhnya. TIDAK siapa yang inginkan kemalangan berlaku.... kita menjalankan tugas rasmi adalah tidak adil untuk kita pemandu-pemandu menghadapi semua ini. Kertas kerja tersebut telah saya hantar kepada KSN melalui Dato' Presiden CUEPACS agar pihak KSN dan Kerajaan dapat memperhalusi cadangan ini agar ianya mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
    Ketua Setiausaha Negara adalah seorang yang Dinamik dalam pengalaman saya 11 Tahun dalam perkhidmatan awam Dato'Sri Ali Hamsa adalah Berjiwa Rakyat yang memahami masalah kami golongan bawahan begitu juga Pemangku Ketua Pengarah JPA Datuk Farida dan Pegawai_pegawai Tertinggi Kerajaan yang hadir sama telah memberi maklumbalas yang baik dari yang terbaik yang pernah saya jumpa. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Semua Majilis Tertinggi CUEPACS yang di Ketuai oleh Dato' Hj.Omar Yang begitu ambil berat tentang permasalahan penjawat awam bagi mempastikan penjawat awam ini mengekalkan produktiviti dengan mengutamakan kebajikan dan hak pekerja. Saya menyeru kepada semua rakan-rakan saya tidak mengira apa bangsa kita dalam satu rumpun satu Malaysia Transformasi Dalam Perkhidmatan Awam Adalah Tanggungjawab Kita Bersama Bagi Memastikan Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional Akan Terus Unggul Dan memacu Negara Kerana Lebih 50 Tahun Kejayaan Demi Kejayaan Telah Kita Sama-Sama Kecapi Inilah Masanya Tuan-tuan dan puan-puan Semua Membuat Satu Pilihan yang Tepat Kerana Masa Depan Negara Adalah Tanggungjawab Kita Bersama.

    Dengan rendah diri saya melahirkan rasa amat terharu dalam Perjumpaan Khas bersama KSN kerana Hasil Perjumpaan Khas Ini Akan Menjadi Sejarah Dalam Hidup Saya Pertemuan Yang penuh Bermakna Dalam Memastikan Transformasi Perkhidmatan Awam Yang Akan Dilaksanakan Kelak Menjadikan Negara Lebih Kukuh Dan Stabil.

    Sekian,terima kasih.
    Semua.

  • #520

    Zainol Bin Kamaruzaman( Bendahari merangkap Pengerusi Selangor dan WIilayah Persekutuan (Tuesday, 05 February 2013 21:55)

    Saya dan ahli jawatankuasa telah bersetuju melantik En Kamarzaman menggantikan saya atas tugas membantu saya sebagai Pengerusi Kesatuan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 1 januari 2013 dan beliau sekarang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang Selangor,saya dan jawatan kuasa juga telah melantik En fairuz sebagai Setiausaha untuk urusan membantu saya menjalankan tugas tugas Kesatuan kita beliau juga bertugas di Hosp Tengku Ampuan Rahimah Kelang Selangor oleh itu segala urusan buat masa kini dijalankan oleh mereka bersama sama saya,segala kesulitan sila berurusan dengan saya atau mereka ini diharap semua ahli ahli memberi kerjasama kepada yang dilantik ini. Sekian Terima kasih.

  • #519

    Zainol Bin Kamaruzaman(Bendahari SEL/WP KL/PUTRAJAYA) (Tuesday, 05 February 2013 18:18)

    Terima kasih atas ulasan Presiden Kesatuan Kebangsaan kita En Shamsudin dari Negeri Sembilan, saya cuma Bendahari Kesatuan Pemandu Pemandu Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ingin memberitahu pada semua ahli ahli dalam kita bahawa Pengerusi kita Tuan Haji Senin telah meletak jawatannya pada December 2012 dan juga Setiausaha kita Tuan Haji Shaharudin yang bertugas di KKM PUTRAJAYA juga meletak jawatan pada bulan December 2012 oleh itu saya terpaksa menanggung semua tugas tersebut.Saya telah mengadakan mesyuarat khas berserta wakil wakil daerah mengadakan pencalonan terbuka yang akhirnya jawatan Pengerusi telah dimenangi oleh Kamarzaman dan jawatan Setiausaha telah disandang oleh En Fairuz cuma saya masih kekal sebagai Bendahari yang untuk jawatan ajk 4 memang akan dipertandingan oleh itu saya sebagai Bendahari yang juga merangkap Pengerusi telah bersetuju melantik saudara Kamarzaman sebagai pembantu saya untuk Pengerusi dan saudara En fairuz membantu saya untuk urusan Setiausana ini telah diputuskan dalam mesyuarat AJK KHAS dengan ini saya tidak mahu sesiapa mempertikaikan pemilihan ini bagi mempermudahkan urusan perjalanan pentadbiran Kesatuan kita.Sekian Terima Kasih.